Thursday, March 18, 2010

PERMULAAN SEGALA- GALANYA- THE BEGINING

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Mukadimah pembuka kata yang paling selalu aku gunakan..
Alhamdulillah, akhirnya aku ada satu 'diari' utk aku titipkan segala apa saja yang aku lakukan saban hari..
Sekali lg aku tegaskan, im not a gud writer..
A gud writer should be able to make ppl feel da journey he/she makes..
But aku hanya 'a describer'
Tidak mampu utk menulis mngunakan perkataan2 yang bombastik dan menyentuh setiap jiwa yg mmbaca
Ttp mampu membawa pembaca mengenal dan mengalami serba sedikit
Perjalanan aku yg bergelar hamba tuhan di muka bumi ini..

Erm.. Tahun 2010 membawa banyak erti kepada aku
Suka, duka, tawa, canda
Semuanya ku lalui dgn hati yg redha
Alhamdulillah, seorang insan yg pernah menjadi sebahagian dari hidup aku telah byk membuka mataku
Ya, aku buta
Terlalu buta utk menyedari betapa banyaknya nikmat yang telah ALLAH S.W.T kurniakan kepadaku..
Aku terlalu tuli untuk mendengar segala kekuasaan Maha Esa sehinggalah aku ditunjukkan dengan ujian yang sebenar
Dan aku terlalu bisu untuk mengatakan walau sekali, Alhamdulillah atas segala nikmat yang Kau kurniakan padaku
Segala kemewahan yang aku agungkan selama ini
Dengan tiba2 hilang
Dan meragut keangkuhanku selama ini..
Kau Maha Hebat
Dan Kau Maha Kuasa
Tiada apa yang kekal dalam dunia pinjaman ini.

'Sometimes we're up and sometimes we're down'
Tiap2 yg berada di atas pasti akan berada di bawah jua..
Itulah yang kau ajar padaku..
Terima kasih
Pemergianmu ku tangisi dengan kesyukuran
Walau berat utk akuterima
Terima kasih Ya Tuhan
Kerana mengirimkan malaikat dunia ini kepadaku
Terlalu banyak yang aku pelajari
Sehinggakan saban hari aku menangis
Menangis kerana terlalu banyaknya cobaan yang Kau turunkan padaku
Namun aku pelajari sesuatu yang tidak pernah ku miliki
Seolah2 aku memiliki harta yang plg byk di dunia..
Dan ia adalah..
S.A.B.A.R

Aku masih lagi menangis
Tapi tangisanku tidak sia-sia
Kau telah tunjukkan aku
Caranya untuk kembali ke jalan yang lurus
Aku redha Ya Allah
Andai malaikat dunia itu kau ambil dari sisiku
Aku pasrah
Andai itu takdirnya..
Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya..

Satu lagi pesanku
Jangan pernah menangis kerana cinta
Menangislah kerana takutkan Allah s.w.t

Amin, Ya Rabal Alamin


atiqa azamuddin
6.17 pm
18 mac 2010

No comments:

Post a Comment